Online Diary Be Mine: Pahit Itu Ada Manisnya ..

Pahit Itu Ada Manisnya ..


Kebenaran itu sbnarnya pahit untuk di luah apatah lagi untuk di telan. Namun begitu kebenaran itulah yang membawa erti pada sebuah kejujuran. Kejujuran menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Tidak kira persahabatan, percintaan mahupun kekeluargaan. Dengan sebuah kejujuran lahirlah kepercayaan yang mengukuhkan lagi ikatan. Renungkan sebentar..Sejauh manakah kita berlaku jujur? Tidak kira pada siapa. Pada Allah, keluarga, kawan-kawan malahan diri kita sendiri. Adakah kita jujur?

Bohong kalau aku katakan aku seorang yang jujur. Mungkin sekarang aku sedang cuba menjadi seorang yang jujur. Seorang yang berterus-terang dan mungkin lebih baik dengan perasaan diri sendiri,keluarga,org istimewa dan sahabat-sahabat yang lain. Namun, untuk seketika terlintas dalam hatiku ‘adakah aku akan berjaya merubah diri ini tanpa melibatkan campur tangan orang lain?. Aku hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan. Aku juga boleh tidak menyedari kesilapan andai tidak ditegur. Tegurlah aku. Walaupun menyatakannya amat sukar. Itu lebih baik daripada berkata-kata dibelakangku. Mendengar dan menerima suatu kebenaran itu pahit tetapi mengetahui pandangan seseorang terhadap kita dalamdiam dan tanpa disengajakan lebih pahit.

Mengapa? Kerana perasaan ‘Oh tidak sangka!’ itu akan muncul dan menganggu fikiran sepanjang masa. Membuat diri menangis dalam diam. La Tahzan. Ingatlah Allah sentiasa bersamamu. Tapi mungkinkah andai ini terjadi aku akan mengingati segala perkataan yang ada dalam buku La Tahzan itu. Mungkinkah pada saat itu aku bisa menyematkan dalam hati yang Allah bersamaku. Jawapannya mungkin tidak! krna apa? Kerana aku juga manusia punya hati dan perasaan. Bisa terikut bisikan syaitan yang menghembus di halwa telingaku. Mungkin untuk seketika aku tenggelam bersama perasaanku sebelum akalku mampu berfikir secara waras. Menepis rasa dihati sehingga mampu mengukir sebuah senyuman ikhlas dari hati.

Oleh itu Kawan2ku sekalian,
Be honest if you love Allah
Be honest if you love yourself
Be honest if you love your family
Be honest if you love your friends
Be honest if you want to be love
Because with the honesty
You will find your happiness
You will live no doubt
You will breath confidently
You will think positively
You will walk securely
You will remember that you are not alone in this world.

**cuma catatan dari hati seorang insan biasa. Insan yang masih menumpang di bumi Allah. Insan yang masih dipinjamkan untuk bersama kalian. Insan yang masih mampu menghirup udara segar sehingga suatu masa yang ditetapkan.

No comments: